Saturday, September 17, 2011

M I M P I

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ,


awak2,malam tadi kan saya mimpikan awak tau. ehemmm,sebenarnya hari2 saya mimpikan awak tapi mimpi kali ni saya rasa macam live je. selalunya kalau mimpi kita tengok diri kita dalam tu kan,tapi mimpi saya kali ni,saya tak tengok diri saya tapi saya yang rasa ape yang berlaku dalam mimpi tu.

awak2,saya mimpi awak ada ramai perempuan dekat luar sana tu. saya pergi rumah awak dengan kawan saya,sebab ape,itu saya tak tau. bila saya dah sampai rumah awak,awak pula  nak keluar dengan sepupu awak,perempuan. tapi saya tak bercakap sepatah perkataan pun. awak cuma pndang saya dan saya cuma  pndang awak,lepas tu awak pun keluar rumah tinggalkan saya.

mak awak cakap pada saya,alang alang dah sampai duduk jela kat rumah ni. saya pun duduk kat rumah awak. saya bukan nak tunggu awak balik tapi sebab mak awak yang suruh. saya tak tau kenapa saya tak marah awak. lepas awak keluar tu saya rase macam fikiran saya kosong,saya tak tau saya fikir apa. saya cuma duduk diam je. saya tak tau ke mana kawan saya dan mak awak pergi. saya keseorangan kat situ.

setelah lama saya duduk di rumah awak,saya pun ambil handphone saya then call awak. awak nak tau tak,awak keluar tak bawa handphone awak sekali. saya dengar handphone awak berdering di tingkat ats dalam bilik awak. tanpa buang masa,saya pun berjalan dengan lemah longlai menaiki anak tangga menuju ke bilik awak.

saya matikan telefon saya. handphone awak kembali senyap. suasana ketika itu sunyi sepi. hanya kelibat bayang bayang saya di dalam bilik itu. mula mula saya hanya memegang handphone awak tapi lama lama saya belek jugak handphone awak tu. pertama sekali,saya buka contact name awak. ya allah,ramai nya nama perempuan dalam senarai nama awak. saya cari juga name saya tapi saya tak tau kenapa saya tak jumpa.

selepas tu saya buka inbox awak. urmmm,tak de pape pun sebab masage yang baru2 tu nama saya. cuma name saya selang dengan kawan2 awak. tapi makin ke bawah saya tekan makin berdebar jantung saya. ye,nama perempuan terlalu banyak. saya baca satu per satu pesanan ringkas awak. ya allah wak,hanya tuhan je yang tau betapa pedihnya hati saya ketika itu. selama awak bercinta dengan saya,awak tak pernah mengaku yang awak ada kekasih dengan kawan2 perempuan awak tu.

saya mahu menangis tapi air mata saya tidak mahu jatuh ketika itu. saya tahu,tuhan sayangkan saya. Dia tak mahu saya menangis untuk lelaki seperti itu. walaupun pedih hati ni saya tetap baca pesanan ringkas awak yang lain. sanggup awak bersayang2 dengan orang lain sedangkan saya kekasih awak. tak pe la wak,saya fikir mungkin salah saya sebab tak beri perhatian dekat awak dan saya tak manja seperti kawan perempuan awak yang lain.

saya belek lagi handphone awak. awak tau tak saya jumpa apa,saya jumpa video. video awak tengah lepak dengan kawan2 di kelab malam. kawan awak rakam semua nya termasuk awak. awak nak tau tak apa yang awak cakap dalam video tu,kawan perempuan awak tanya awak "awak kan dah ada kekasih kenapa awak nak keluar dengan saya." awak jawab "dia bukan kekasih saya,dan saya tak de kekasih. dia cuma kawan saya je. saya kan ada awak."

ya allah,apalah dosa saya wak sampai awak mengaku seperti itu. ketika itu barulah air mata saya berjaya jatuh di atas pipi. saya tak sanggup lagi untuk tengok apa yang ada dalam handphone awak. saya campak kan handphone awak,saya pun keluar dari bilik awak. ketika menuruni anak tangga,saya nampak yang awak dah pulang bersama sama dengan sepupu awak. langkah saya terhenti,awak perasan yang saya menangis tapi awak hanya pandang mata saya dan saya cuma pandang mata awak. saya cuba cari kesalahan saya di mata awak tapi saya gagal.

saya hanya berdiam diri begitu jugak dengan si dia. dari mula saya sampai di rumahnya sampai la saya hendak pulang ke rumah,saya tak bercakap langsung. saya pun tak tau kenapa. then saya terjaga dari tidur,saya capai handphone saya dan ada satu massage dari awak. awak hantar "sayang" then saya tersenyum tapi saya fikiran saya tetap memikirkan mimpi yang baru saya mimpi tu.



adakah mimpi itu benar2 terjadi??? :(                                                                     N.D


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

No comments: