hye blog. lama juga kan tak blogging. rindu... hug && kiss sikit. muah muah. miss u a lot. dear hero,saya sedih sekarang ni. hero,awak hilang. satu hari awak tak contact saya. lagipun saya dah dua hari tak jumpa awak kan. saya rasa lain sangat bila tak jumpa awak. bukan saya tak nak jumpa dengan awak tapi keadaan yang tak mengizin kan.
**********
saya demam. sebenar nya dah 3hari saya demam. hari RABU,hari ini saya tahu saya tak sihat tapi saya datang juga ke sekolah sebab saya nak jumpa awak. saya takut saya rindu. tapi saya cuma bertahan sampai masa rehat sahaja. lepas rehat saya balik ke rumah. kawan2 saya kesian tengok keadaan saya termasuk awak.
berat hati saya nak tinggalkan awak masa itu tapi apa kan daya saya kena balik jugak sebab saya dah call my mom untuk jemput saya. kalau saya tak balik pun,saya tidur je dalam kelas tu,baik saya balik kan. boleh rehat. saya balik rumah terus tidur.
**********
hari KHAMIS,saya tak hadir ke sekolah sebab demam. saya bangun dari tidur saya dapat banyak text dari awak. ada satu text awak cakap awak bawa phone pergi sekolah. awak tahu tak betapa gembira nya saya bila awak cakap macam tu. saya terus text awak even jam menunjukkan pukul sepuluh setengah. then kita pun texting macam biasa.
awak janji nak text saya lepas balik sekolah. saya pun tunggu text awak then phone saya pun berbunyi tanda ada text awak. saya reply text awak tapi awak senyap je. awak tak reply balik text saya. urm,bagi saya maybe awak ada hal kot. nanti awak text la balik.
**********
hari JUMAAT. sejak detik itu,awak hilang sampai ke hari ini tanpa khabar. saya call awak tak angkat. saya text,kawan awak yang reply kan. awak ni kenapa? kawan awak cakap awak ada hal. hal apa wak? tak boleh ke awak bagi tahu saya sendiri. kawan awak cakap awak okay. ye okay. tapi okay yang macam mana. saya risau kan awak sayang. apa salah saya sampai awak buat saya macam ni???
hal apa yang awak buat sampai awak tak datang sekolah hari ni. maaf,saya tanya kawan saya sama ada awak datang atau tak datang. tolonglah,sampai hati awak buat saya macam ni masa saya tak sihat. tolong la jangan buat saya macam ni. saya nak sihat. saya nak pergi sekolah,nak jumpa awak,nak belajar dengan awak,nak balik sama2 dengan awak seperti hari2 yang lain.
kalau awak dah tak nak kan saya lagi,awak cakap je la. saya boleh terima dengan hati yang terbuka. tapi saya tak boleh terima dengan apa yang awak buat sekarang ni.
**********
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
No comments:
Post a Comment