ok,mungkin bagi kau aku tak open minded,aku macam hawaw,dan aku ni sial. aku mengaku. aku tak sepandai kau. aku cuma duduk di dalam kelas ke5 yang bagi aku kelas yg sangat ceria. aku besyukur di tempatkan di dalam kelas ini. aku tidak murungut sama sekali. malah aku gembira.
tapi kau. kau. kau di tempat kan di dalam kalangan pelajar pelajar yang pandai,cerdik. tapi kenapa kau tak boleh nak berfikir. kau hanya mementingkan diri sendiri. kau tak pernah nak menjaga hal kau sendiri. kenapa kau mesti nak ambil tahu hal kami hal kawan kawan yang lain. lepas tu,kau buat cerita supaya org benci dengan org yg kau benci.
kenapa? kenapa? kau terdesak nak cari kawan ke? kau tak de kawan ke? kau ni tak de orang nak kawan ke? kau nak populariti murahan ke? kau nak org kenal kau sebagai orang yg baik ke? tolong la. grow up my dear. kau bagaikan musuh di dalam selimut. kau kwn dengan org tu,bile kau tak kawan dengan die,mula la kau buat crite.
kalau niat kau nak aku jatuh,ye! tahniah kawan!! kau berjaya menjatuhkan aku dengan kata kata kau. aku jatuh tersungkur terhembam ke bumi yang nyata dengan kata kata kau. terima kasih meyedarkan aku. selama ni aku tak tahu mengenai diri aku. hanya kau sahaja yang tau. terima kasih banyak banyak. dengan ucapan kau,air mata aku berjaya jatuh basah ke atas pipi. kerana kata kata kau,aku dapat tahu kesalahan ku.
ya allah kau kuat kan lah hati ku untuk menempuh hari hari yang akan datang. kuat kan lah iman ku untuk tersenyum padanya. kuat kan lah pandangan mataku untuk melihat kelibatnya. kuat kan lah pendengaranku untuk dengar cemuhan dari nya. hanya pada kau sajalah aku bermohon.
bukakanlah pintu hati nya ya allah. semoga die sedar akan kesilapan yang die lakukan. dan terima kasih ya allah kerana telah menyedarkan aku akan semua kesilapan kesilapan yang telah aku lakukan selama ini.
No comments:
Post a Comment