Monday, May 23, 2011

Tak Sabar Nak Hilangkan Gelaran 'Pelajar'

ye,skarang ni aku rase malas sangat nak ke sekolah. dah tak de mood nak bngun pagi2,basuh gigi mengharumkan mulut yang tak harum tu,cuci muka dengan pembersih muka ala2 yang boleh putih kan muka,mandi pagi2,pakai uniform sekolah sekolah. lepas tu kene kluar rumah pkul 7 pagi dduk dalam krete tggu adik beradik masuk kreta selepas itu ayah @ emak hantar ke sekolah. memang aku benci sangat-sangat rutin harian aku ni yang dilakukan tiap-tiap hari kecuali sabtu dan ahad.



benci waktu di sekolah. kena belajar itu ini dan menghadap muka guru yang garang-garang. arrggghhh.. cukup-cukup aku benci detik2 itu. aku suka bile ade cikgu yang 'merilief' kelas-kelasku. masa itulah kelas seperti mendapat NUR yang sngat cerah. muka murid2 tersenyum lebar hingga ke telinga menampakkan baris2 gigi yang bersinar.


ayat pertama yang akan keluar dari mlut cikgu itu ialah 'ok,kamu semua boleh buat kerja sendiri tapi jangan bising' aku suke ayat ni. kalau boleh aku nak dengan ayat ni dari masa pertama hingga loceng berdering menandakan sudah mase untuk pulang ke rumah. yeahhh....!!

detik yang paling aku gemari selama ke sekolah ialah duduk lepak bersama rakan2 kelas. ye !! aku suka begini. tiada org yang menghalang untuk aku memekak dan ketawa sekuat hati kerana budak-budak lain aku turut melakukan aksi sedemikian. aku tak risau. bila dduk bersama-sama rakan mestilah berbual tidakpun bergosip.


bagi perempuan,wajib la begosip gosip nie kot. hahaha. memang dah sebati didalam diri wanita aku rasalah. bagi lelaki,aku tak berapa tahu mungkin hal-hal berkaitan sport like bola krana aku wanita yang tergolong dlam kumpulan di atas. harap maklum ye. aku tak de lah baik sangat. pijak semut mesti mati punya lah. jangan risau.

ok lah,itu detik2 manis yang aku tak kan lupa sampai bila-bila. ♡


No comments: